Perpustakaan UiTM Shah Alam

Reference Services

Laman Utama Reference Services

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT

PTAR menawarkan perkhidmatan rujukan dan maklumat untuk para pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran Universiti Teknologi MARA.  Melalui perkhidmatan ini, pelanggan PTAR boleh mengajukan isu-isu yang dihadapi ketika menggunakan perpustakaan kepada Pustakawan Rujukan dan mendapatkan bimbingan pencarian maklumat untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Meja Rujukan
Perkhidmatan boleh didapati dengan mengunjungi Meja Rujukan yang disediakan di setiap lokasi perpustakaan. Perkhidmatan juga boleh didapatkan melalui emel dan telefon:
Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama       - 03 5543 8581 / 8582
Perpustakaan Pengurusan Perniagaan TAR - 03 5544 3733
Perpustakaan Undang-Undang TAR            - 03 5544 8059
Perpustakaan Kejuruteraan TAR                 - 03-5543 6516
Perpustakaan Sains dan Teknologi TAR      - 03 5544 3809
Perpustakaan Alam Bina TAR                    - 03 5544 4824
Jadual Pustakawan Bertugas

Chat with PTAR Librarian
Pengguna juga boleh mendapatkan bimbingan pencarian maklumat dan mengemukakan masalah penggunaan perpustakaan kepada pustakawan melalui perkhidmatan sembang maya yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 8.45 malam.  Soalan-soalan yang diterima di luar waktu tersebut akan dijawab melalui emel.

Chat with PTAR Librarian

Online Status

More info on Ask Your Librarian

 

 

Pegawai Perhubungan Perpustakaan (PTAR)
PTAR melantik pustakawan dan wakil fakulti / jabatan/ pusat/ bahagian sebagai Pegawai Perhubungan Perpustakaan untuk meningkatkan komunikasi dua hala, melancarkan urusan cadangan dan pembelian bahan perpustakaan serta lain-lain perkara untuk kebaikan bersama. Pegawai Perhubungan Perpustakaan PTAR dan Fakulti

E- Reference@PTAR
Kompilasi senarai bahan-bahan rujukan dalam format elektronik seperti ensaiklopedia, kamus, biografi-biografi, atlas, handbook dan lain-lain.

 

 

You are here: Home Facilities & Services SERVICES Reference Services