Perpustakaan UiTM Shah Alam

Customer Services

Perkhidmatan

Pinjaman Antara Perpustakaan

Pinjaman antara perpustakaan merupakan satu perkhidmatan pinjaman/salinan bahan dari mana-mana institusi yang menyertai konsortium SPP. Hanya bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan sahaja yang akan dibuat proses permohonan.

Mesin Pinjaman Layan Diri (Self-Check Machine)

Terletak di aras bawah perpustakaan.Pelanggan perpustakaan boleh membuat pinjaman buku sendiri dengan menggunakan Self-Check Machine dan menyimpan resit pinjaman sebagai bukti transaksi.

Pemulangan Buku / Bahan 

Mesin layan diri (BookDrop Machine)

Terletak di hadapan pintu masuk bangunan perpustakaan.Pengguna boleh memulangkan bahan melalui ‘Book Drop’ dan menyimpan resit pemulangan bahan sebagai bukti transaksi.Pemulangan bahan boleh dilakukan selepas waktu pejabat.

Tempahan dan Pembaharuan Pinjaman

Pembaharuan pinjaman bahan boleh dilakukan sekiranya tempoh pinjaman buku telah tamat. Tempohnya adalah sama dengan tempoh pinjaman biasa dengan syarat buku tersebut tidak ditempah oleh orang lain. Pembaharuan bahan boleh dilakukan secara terus di Kaunter Pengurusan Pelanggan.

Book Reservation

Staf dan pelajar boleh membuat tempahan buku melalui OPAC atau web OPAC (http://library.uitm.edu.my/v1/).Buku yang ditempah hendaklah dituntut dalam jangkamasa 7 hari dari tarikh pemulangan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.Status bahan yang ditempah boleh disemak melalui Patron Enquiry atau MM.Tempahan yang tidak dituntut dalam tempoh 7 hari akan dibatalkan tempahannya dan bahan akan disusun kembali di rak.

You are here: Home Facilities & Services SERVICES Customer Services