Perpustakaan UiTM Shah Alam

Program Library Outreach

Library Outreach Program merupakan satu program inisiatif pihak perpustakaan di mana para wakil perpustakaan bergerak keluar berjumpa pengguna perpustakaan.

 

Pada dasarnya, ianya adalah kunjungan dan lawatan rasmi yang terdiri daripada taklimat dan perbincangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna perpustakaan.

 

Objektif program ini adalah untuk:-

·            Mewujudkan kesedaran kepada pengguna tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan

·            Mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada pengguna berkenaan keperluan maklumat mereka dan isu-isu lain yang berkaitan dengan perpustakaan

·            Meningkatkan kesedaran di kalangan peserta mengenai kepentingan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat

·            Menjana minat di kalangan pengguna untuk datang ke perpustakaan dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Mengenal pasti perkhidmatan dan kemudahan yang boleh didapati di perpustakaan yang boleh member manfaat kepada fakulti/pusat/bahagian di UiTM

You are here: Home Perkhidmatan Program Library Outreach