Perpustakaan UiTM Shah Alam

Visi, Misi, Objektif

Visi Perpustakaan UiTM

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamis bumiputra dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi Perpustakaan UiTM

Pemangkin kepada warga UiTM yang berilmu melalui pengaksesan maklumat yang komprehensif, relevan dan terkini serta kemudahan yang berkualiti bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Objektif Perpustakaan UiTM

  1. Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan UiTM sebagai pusat kecemerlangan maklumat yang sentiasa kekal relevan, dirujuk dan dihormati.
  2. Memperlbagai sumber ilmu yang komprehensif, terkini dan relevan meliputi pelbagai format yang dapat diakses secara fizikal dan maya.
  3. Menyediakan kemudahan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
  4. Menambah baik kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini yang berfokuskan kepada keperluan pelanggan.
  5. Memperkasa modal insan melalui budaya PERDANA dalam kalangan warga PUiTM.
  6. Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar dalam kegiatan jaringan industri.
You are here: Home About Us Vision and Mission