Perpustakaan UiTM Shah Alam

Rules & Regulations

Urusan Masuk ke PerpustakaanPeraturan PTAR

  1. Penggunaan Perpustakaan dibenarkan kepada pelanggan yang berdaftar atau pelawat yang telah mendapat kelulusan khusus sahaja.
  2. Syarat ini juga terpakai bagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
  3. Pelanggan tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak (di bawah umur 7 tahun) ke dalam Perpustakaan.
  4. Pelanggan perlu mendaftar masuk ke perpustakaan dengan menyentuh kad pelajar/ kad kakitangan di barrier gate perpustakaan yang menggunakan sistem tersebut.

Penggunaan Kad Pelajar/ Kad Staf UiTM

  1. Pelanggan hendaklah sentiasa mempamerkan kad pelajar/kad staf sepanjang berada di Perpustakaan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pelanggan dilarang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
  2. Membuat pinjaman dengan menggunakan kad pelajar/kad staf pelanggan lain adalah satu kesalahan. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam.

Etika Pemakaian dan Kelakuan

  1. Pelanggan hendaklah mematuhi kod etika pemakaian UiTM dan berpakaian sopan dan kemas semasa berada di Perpustakaan. Pemakaian kemeja-t tanpa kolar, topi dan selipar adalah dilarang.
  2. Pelanggan tidak dibenarkan merokok, makan, minum atau membuat sesuatu yang boleh menjejaskan suasana pembelajaran di Perpustakaan.
  3. Membawa keluar buku tanpa pinjaman adalah satu kesalahan yang boleh di bawa ke tindakan tatatertib UiTM.
  4. Pelanggan ditegah berkelakuan sumbang atau berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Penggunaan Ruang Tempat Duduk dan Kemudahan Perpustakaan

  1. Pelanggan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut ruang-ruang bacaan di setiap zon di dalam perpustakaan iaitu silent zone, quiet zone, social zone, Bilik Penulisan Penyelidikan dan Bilik Perbincangan.
  2. Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam jangka waktu yang panjang akan dipungut oleh staf Perpustakaan.
  3. Melakukan kerosakan terhadap harta benda Perpustakaan adalah satu kesalahan termasuk menconteng, mengoyak, memotong, merosak atau memusnahkan bahan-bahan Perpustakaan.

Barangan Larangan

  1. Pelanggan perpustakaan tidak dibenarkan membawa masuk makanan,minuman, extention plug, gunting, pisau, payung, topi/ topi keledar.

Akta Hak Cipta 1987/ Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997

  1. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas pengeluaran semula/penyalinan karya/karya terbitan atau mana-mana yang termaktub di dalam pelanggaran hak cipta.
 

Peringatan

  1. Staf Perpustakaan berhak mengarahkan pelanggan meninggalkan Perpustakaan jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan atau menganggu ketenteraman/keselamatan Perpustakaan.
  2. Pihak Perpustakaan berhak menghalang pelanggan dari menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan sekiranya melanggar Peraturan Perpustakaan atau Peraturan Universiti.
  3. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda orang perseorangan.
 
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
You are here: Home About Us Membership Rules & Regulations