Perpustakaan UiTM Shah Alam

Sejarah Penubuhan

Pada awal tahun 1982 sebuah unit khas yang dinamakan Unit Arkib di bawah Bahagian Pentadbiran Pejabat Pendaftar telah di tubuhkan dan di uruskan oleh seorang Penolong Pendaftar selaras dengan arahan Surat Pekeliling Am Bil 23/1972. Namun sehingga tahun 1984 ITM masih belum menepati keperluan pengurusan rekod yang sistematik dan mengikut piawaian.

Hanya pada bulan Januari tahun 1986 Unit Rekod dan Arkib ditubuhkan dan melaksanakan fungsinya dengan memfokuskan kepada 2 tugas utama iaitu Penyelarasan Sistem Fail dan melaksanakan Pelupusan Dokumen yang tiada nilai bagi mengurangkan ruang simpanan di stor rekod. Pada ketika itu ITM telah pun berusia 30 tahun dengan 9 buah kampus cawangan.

Unit ini pada mulanya ditempatkan di aras satu Bangunan Pejabat Pengarah ITM (sekarang Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah) dan dikendallikan oleh 7 orang staf. Pada bulan September 1997, Unit ini kemudiannya berpindah ke ruang baharu di bangunan Dewan Sri Budiman yang dahulunya adalah merupakan Stor Pusat ITM. Pada tahun 2000 berikutan pengstrukturan semula universiti, peranan dan fungsi arkib telah diperluaskan sebagai Bahagian Arkib dan Muzium.

Pada 17 April 2003, Yang Berbahagia Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah iaitu Naib Canselor UiTM telah mengisytiharkan perasmian penubuhan Bahagian Arkib dan Muzium bertempat di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Hasrat beliau untuk mewujudkan Muzium dan Galeri UiTM telah menjadi kenyataan dengan perasmiannya dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu pada 10 November 2006.

Pada awal tahun 2015, Pejabat Pendaftar telah membuat pengstrukturan semula jabatan dimana Bahagian Arkib diletakkan di bawah tanggungjawab pengurusan Pejabat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Ianya telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Bil. 06/2015 pada 10 Jun 2015. Tanggungjawab ini melibatkan seluruh operasi Bahagian Arkib beserta sumber perjawatan skim perkhidmatan perpustakaan (Gred S) dan yang berkaitan berkuatkuasa 01 Jun 2015. Di bawah pengurusan PTAR, Bahagian Arkib dibuat pengstrukturan semula mengikut fungsi jabatan dan dinamakan Jabatan Arkib Universiti.

Tujuan Jabatan Arkib Universiti (JAU) diwujudkan adalah untuk menyelaraskan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib UiTM
  

 

You are here: Home About Us Departments Jabatan Arkib UiTM