|
Sistem Pengurusan Pengetahuan PTAR yang dikenali sebagai EKMS ini diwujudkan sebagai technology enabler dan pemangkin kepada sistem pengurusan maklumat (Information Management) yang telah digunapakai dan dilaksanakan di PTAR dan Perpustakaan UiTM Negeri menerusi sistem pengurusan perpustakaan dikenali sebagai ILMU Universion (Integrated Library Management Utilities), modul-modul e-Komponen seperti eQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol), Membership Management (MM), Virtual Reference Facilitator (VRF), Z39.50, Taxonomy (Multimedia Object Manager - MOM), Message Using SMS Tunneling (MUST), e-Document Delivery, ESTIM (Enterprise Statistical Transaction Information Modules), dan sebagainya. EKMS PTAR terbahagi kepada dua (2) fungsi yang utama iaitu Portal EKMS dan Memori Korporat PTAR yang dikenali sebagai My Office / My Workspace. Memori Korporat ini merupakan pusat repositori Tacit Knowledge dan Explicit Knowledge Perpustakaan UiTM dan UiTM amnya.
|