PTDI, PERPUSTAKAAN IPTA PERTAMA MENDAPAT PERSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)
Written by webmaster   
Monday, 16 November 2009

Image

 

 

Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) merupakan suatu amalan berterusan Perpustakaan Tun Dr Ismail sejak tahun 1995 bagi memastikan budaya kerja yang baik diterapkan dalam pengurusan kerja harian kakitangan. Anugerah demi anugerah diperolehi dalam mengiktiraf PTDI sebagai organisasi terbaik di peringkat Kampus UiTM Johor menunjukkan komitmen tinggi kakitangan PTDI dalam mengamalkan amalan ini dalam budaya kerja masing-masing.

Pada 3 Ogos 2009, PTDI telah diiktiraf sebagai Perpustakaan IPTA Pertama yang mendapat Persijilan Amalan Berkualiti 5S. Pengiktirafan ini merupakan suatu penghargaan kepada komitmen semua yang terlibat dalam menjayakan program ini setelah sekian lama bertungkus-lumus untuk merealisasikannya.

 Syabas kepada PTDI!

Last Updated ( Monday, 16 November 2009 )
 
PROJEK MEMBEKAL DAN MENGHANTAR JURNAL-JURNAL TERBITAN LUAR NEGARA
Written by webmaster   
Wednesday, 20 January 2010

Dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh mendapatkan dokumen sebutharga bagi PROJEK MEMBEKAL DAN MENGHANTAR JURNAL-JURNAL TERBITAN LUAR NEGARA KE PERPUSTAKAAN TUN DR. ISMAIL DI UiTM SEGAMAT di Pejabat Bendahari kami.

Pembukaan sebut harga ini ialah pada 25 Januari 2010 dan ditutup pada 19 Februari 2010, jam 12.00 tengahari.

Untuk mendapatkan dokumen tersebut tuan/puan diwajibkan untuk membawa bersama sijil perakuan bumiputra, sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan  dan dokumen/profil syarikat yang dirasakan perlu untuk semakkan kakitangan Pejabat Bendahari kami. Mohon jasa baik tuan/puan untuk membawa sijil asal serta salinannya.

Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi Puan Azlina Ab. Mutalib di talian 07-9352431 atau Cik Mawar Noor Abdullah di talian 07-9352064.

Last Updated ( Thursday, 18 February 2010 )
 

Berita Terkini

TAKLIMAT MANUAL MELENGKAPKAN FIZIKAL BAHAN

Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal, Perpustakaan Tun Dr Ismail, akan menganjurkan Taklimat Manual Melengkapkan Fizikal Bahan di Bilik IT PTDI pada 17-18 Februari 2010 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Taklimat pemprosesan teknikal ini akan disampaikan oleh staf-staf yang berkenaan bagi memberi penerangan berkenaan cara memproses bahan kepada semua .

Pautan

WebOPAC

PNM

 UiTM Malaysia

  PTAR

 UITM JOHOR

Waktu Sekarang

Calendar

March 2010 April 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 9 1 2 3 4 5 6
Week 10 7 8 9 10 11 12 13
Week 11 14 15 16 17 18 19 20
Week 12 21 22 23 24 25 26 27
Week 13 28 29 30 31

Aktiviti

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini308
mod_vvisit_counterSemalam497
mod_vvisit_counterMinggu ini3607
mod_vvisit_counterBulan ini7156
mod_vvisit_counterSemua129396

Di Talian

Pathway  :Utama