|
Pengenalan
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) atau QCC mula diperkenalkan di UiTM sejak tahun 1985 sebagai mekanisma penyelesaian masalah kerja di jabatan. Mulai 2006, inisiatif kualiti ini diperkukuhkan kepada konsep Inovative & Creative Circle (ICC) atau Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang diperkenalkan oleh NPC pada tahun 2003 bagi menyemarak aktiviti penambahbaikan penyampaian perkhidmatan serta menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai (value creation) serta 'break-through’ bagi menjana kegemilangan UiTM.
|
Objektif aktiviti KIK di UiTM adalah untuk
- Meningkatkan kompetensi diri staf
- Membudaya pengurusan secara penyertaan (participative management)
- Melaksanakan penambahbaikan berterusan dan menambah nilai penyampaian perkhidmatan secara kreatif dan inovatif
- Menjamin dan memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan adalah yang terbaik.
|